Kes Anwar saman Khairy: Keputusan permohonan 14 Mei
Tidak layak kah jueita memanggil si Parpukari ini sebagai Anjing Pembangkang. Dia persoalkan kenapa Anwar tidak saman Khairy , dia sering mahu kaitkan Anwar dengan Khairy. Mental ke dia ini. Kalau dia tidak tahu membaca balik lah belajar ke sekolah tadika. Janagn jadi mesin photostate jamban main lanyak saja. maaf kala Juwita terkasar. Memang layak pun bagi mengajar mamat bingai yang mental ini.
Petikan berita dari utusan - sini
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini hari ini menetapkan 14 Mei ini keputusan permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin untuk mengenepikan penghakiman ingkar yang diperoleh oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes saman fitnah RM100 juta.
Peguam Shankara Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu bahawa Penolong Kanan Pendaftar, A. Kaveetha menetapkan tarikh itu dalam kamar ketika sebutan kes saman tersebut pagi ini.
Sementara itu, Khairy yang diwakili peguam Badrul Munir Bukhari memberitahu bahawa pihaknya memohon kes itu ditangguhkan sehingga petang ini. Bagaimanapun, peguam plaintif tidak berkelapangan.
Menurut Badrul, pihaknya belum memfailkan pernyataan pembelaan kerana mahkamah perlu terlebih dahulu mendengar permohonan defendan untuk mengenepikan penghakiman ingkar tersebut.
Badrul berkata, mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak menyerahkan ikatan nas undang-undang berhubung kes itu pada 14 April sebelum mahkamah membuat keputusan.
Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman kerana mendakwa Khairy, yang ketika itu Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah memfitnahnya.
Plaintif mendakwa pada 20 Februari 2008, defendan telah mengucapkan dan menyebabkan penerbitan dalam beberapa laman sesawang termasuk Malaysiakini.com satu rakaman klip video dan telah diterbitkan bersama-sama sebuah artikel bertajuk “Anwar and kin no threat”.
Artikel yang didakwa merujuk kepada plaintif itu didakwa diucapkan oleh defendan dalam sebuah ceramah di Lembah Pantai di sini pada 20 Februari 2008.
Sehubungan itu, plaintif memohon ganti rugi pampasan RM100 juta, ganti rugi teruk, teladan serta injunksi selain faedah lapan peratus, kos dan relif lain yang difikirkan.
Pada 4 Disember 2008, Anwar memperoleh penghakiman ingkar ekoran kegagalan Khairy memasukkan kehadiran.
Pada 20 Februari tahun lalu, defendan telah memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman ingkar yang diperoleh oleh Anwar. – Utusan