Friday, February 26, 2010

Konspirasi menubuhkan Pergerakan Pemuda UMNO HARAM di negeri pasir dua butir



Oleh: Mamak Botak
“Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee.

Rupa-rupanya di bawah pokok itu adalah kerajaan negeri Pasir Dua Butir.

Jika kita ingat bagaimana Nizar yang pernah membuat sidang dewan negeri Pasir dua butir d bawah pokok kerana tidak lagi menjadi Menteri Besar Perak , Beginilah juga penyokong Mukhriz yang kini diketuai oleh memanda menteri mereka Parpukari yang cuba membuat satu kuasa Pergerakan Pemuda UMNO HARAM yang yang dirancang oleh God Father si Parpukari Husein Lempoyan. Bulaci mereka , khadam mereka si Sing is Kinng. Mereka kini cuba mempengaruhi Pemuda UMNO untuk menyokong mereka dan cuba mengucar kacir kan Pemuda UMNO dengan campur tangan dari luaran.

Buruk betul perangai Mukhriz yang tewas dalam pertandingan ini setelah ditolak oleh Pemuda UMNO , Pemuda enggan menerima Mukhriz sebagai Ketua mereka kerana mereka tahu Mukhriz ini ke memek dan Mukhriz ini macam anak kecil yang menyusu dengan bapanya. Namun sbiji macam peranga Nizar yang enggan menerima kekalahan.Ini ada konspirasi baru yang melibatkan beberapa orang dalaman yang mahu menjatuhkan Khairy Jamaluddin , Mereka tidak puas puas dan mahu UMNO berpecah sesama sendiri.

DS Najb ada berkata dan minta UMNO bersatu semula , tetapi bagaimana kah DS Najib hanya mengharap kan Khairy sahaja yang mahu berdamai sedangkan Mukhriz sendiri sebagai racun perosak menyaran agar budak budak mereka merosakkan Pemuda UMNO. Mereka yang buat kacau kerana Mukhriz ada kuasa sebagai Timbalan Menteri. Jika Mukhriz tidak mempunyai kuasa yang dimiliki dari hasil rayuan ayahnya , mungkin perkara ini tidak akan berlaku . Mukhriz sebenarnya tidak layak untuk menerima jawatan Timbalan Menteri dan seharusnya Mukhriz sedarkan diri bahawa beliau sebenarnya tidak ada tempat dalam UMNO.Beliau dapat jadi timbalan menteri atas dasar kesan PM kerana tanpa jawatan berkenaan , dia tidak ke mana . Politiknya sudah sampai ke longkang.Selagi Mukhriz tidak mahu hentikan perebutan kuasa ini selagi itulah UMNO tidak akan aman. Mukhriz sememangnya idamkan jawatan itu , walaupun dapat timbalan menteri dia masih tidak puas hati sebab dia tahu timbalan menteri dapat free dan dalam UMNO dia tidak ada jawatan langsung. Timbalan Menteri itu hanya angerah macam orang UMNO dapat anugerah tanah sahaja. Parpukari dan Husein Lempoyan kini meraih keuntungan dan sengaja mahu kemelut ini berlarutan kerana dia kini mengaut keuntungan dari seminar seminar dari penerangan UMNO . Apakah kita masih ingat apabila Ketua Penerangan UMNO , Datuk Mislan menggigil telurnya disergah oleh Parpukari baru ini kerana tidak pergi Parlimen. Lantas Datuk Mislan ini menjawab ugutan Parpukari dengan hantar sms kepada Parpukari seolah olah Parpukari adalah Bos beliau. Inilah dia Ketua Penrangan UMNO sekarang. UMNO akan hancur dan rosak dengan hadirnya ejen ejen pembangkang ini untuk merosakan sayap kanan UMNO dalam UMNO.

  © Blogger template 'Isolation' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP